Daddy

Friday, July 31, 2009

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, kerana tanpa nur Baginda tiadalah kita semua.

Tiadalah perasaan yang begitu indah selepas berkahwin dengan isteri tercinta, melainkan dianugerahkan zuriat yang akan meneruskan keturunanku. Melihat dan menyentuh manusia dari darah daging sendiri, suatu perasaan yang sukar dihuraikan. Tidak sama dengan menyentuh mak bapak adik beradik kita, ntah la.

Perasaan aneh ni bermula sejak mendengar berita gembira drp sang isteri yg sentiasa dicintai, memberitahu bahawa dia positif ujian mengandung (yg dibeli di watson).

Perasaan bertambah gembira-tidak percaya-sukar dihurai selepas melihat gambar imbasan Nuaim yg baru beberapa bulan dlm kandungan sang isteri. Begitu jugak semasa doktor membuat imbasan secara langsung ketika perjumpaan bulanan dengan doktor. Doktor menunjukkan organ² Nuaim yg aku sendiri susah nak bayangkan.

Rutin perjumpaan dengan doktor, sang isteri akan beri kad klinik kpd nurse, timbang berat, ujian darah, ujian air kencing, dah akhir sekali sesi berborak dgn doktor. Sering kali aku lupa tarikh perjumpaan dgn doktor, apply leave last minute :).

Masuk bulan Ramadhan, saat kelahiran Nuaim semakin hampir. Perjalan hidup bagaikan satu mini pengembaraan dan cabaran masa tu. Maklumlah keja shif mlm time tu, memang satu dugaan yg tdk masuk akal kalau nak dipikirkan, tp Allah Maha Mengetahui setiap kehidupan hamba-Nya, aku reda & yakin mesti ada hikmah di sebaliknya.

Malam sehari sebelum kelahiran Nuaim, sang isteri mengadu sakit, tanda-tanda nak bersalin. Aku tgh bersiap nak keja masa tu. So, mlm tu emergency leave. Aku masih boleh ingat lagi perasaan ketika memandu kereta ke hospital mlm tu, suatu perasaan...gembira, takut, dan berharap. Sampai hospital, register nama sang isteri dan mengambil tempat. Mlm tu aku ambil keputusan tido dlm keta incase something happen which require me immediately. Kurang selesa pd fizikalku tp jiwa raga ku rasa tenang berada dekat dgn sang isteri dan sang comel jr. yang bila² akan tiba. Sahur kat kedai mamak dekat hospital.

Sambungan...

Keesokan harinya, sekitar pukul 10 pagi, isteri bgtau dia nak kain batik utk persiapan. Aku bergegas balik ke rumah, tapi sebelum tu aku singgah kat kilang sbb nak kasi tools kat technician shift siang. So, on the way balik aku ikut jalan sblh dlm, lalu tmn apa tah dah lupa. Aku ingat lg aku speeding nak lepaskan traffic light kaler kuning. Takde la speed mana, slow je pun tp langgar lampu merah, tak merah lg rasanya, peralihan kaler kuning ke merah kot. Lepas je traffic light nampak abg polis lambai aku suh berenti. Rasa nak tarik cabut je rambut time tu. Pastu bla bla bla bla ngn pak polisi. Byk ckp pulak pak polisi ni, cepat la kasi saman, mana nak sign, uh. Mesti ada hikmah di sebaliknya, aku yakin.

Sampai rumah, amik kain, terus gerak ke hospital balik. Sampai hospital tgk sang isteri dah takde kat katil. Aik (buat muka blank). Nurse tgk aku, pastu bgtau wife awak dah masuk bilik bersalin. Hah, aku tambah blank. Aku terus naik ke tempat bersalin. Masuk je, terserempak dgn sang isteri. Alhamdulillah, sempat lg. Sang isteri mengadu sakit. Pastu aku sama-sama menghantar sang isteri ke bilik bersalin.

Sampai bilik bersalin, aku berhenti bg laluan kpd sang isteri dan nurse masuk. Pastu nurse tny, tanak masuk? - Eh, boleh ke? Masuk lah. Aku pun masuk la, berdiri tepi katil sang isteri. Sang isteri sekali sekala mengadu kesakitan. Tambah-tambah lg bila diberi alat bantuan apa tah. Aku hanya terdaya memegang tgn sang isteri dan memberi kata semangat. Time tu aku pun tak sure tgh pikir apa, melihat sang isteri menahan kesakitan. Hanya Tuhan yg tahu. Nurse sekali sekala masuk periksa keadaan sama ada sudah tiba masanya atau belum.

Tiba saatnya, semua nurse mengambil bahagian masing-masing. Salah sorg nurse memberi isyarat bila masa untuk meneran. Ada beberapa kali jugak sesi sang isteri meneran, tak leh gak, rilek kejap. Pastu ulang lagi, takleh gak, rilek lagi. Fikiran aku bertambah tak fokus tgk sang isteri menahan kesakitan. Sampai satu tahap, nurse panggail aku suruh tgk kepala baby dah nak keluar, tp tak cukup push, baby masuk balik. Nurse tu dah start pressure sang isteri. Aku mcm takleh napas. Nak nangis sama pun ada. Melihat sang isteri bertarung nyawa.

Ada sekali aku menyuruh sang isteri membuat pernafasan melalui mulut, macam yg kebiasaan ibu nak bersalin buat dlm tv. Nurse marah, tu bukan cara yg betul untuk membantu katanya. Teran mcm nak berak kata dia. Aku rasa nak kasi rasengan je kat muka nurse tu. Tapi aku teruskan bersabar, sbb dia lah org yg menyambut Nuaim. Aku pening sekejap. Something wrong dlm hal teran meneran ni.

Sambungan...

Kalau nak ingat mmg aku tak ingat sgt saat-saat tu sbb suasana begitu . . . aku pun payah nak describe. Aku takleh fokus, kesian kat isteri bertarung nyawa, kesian tgk baby, risau akan lemas nurse ckp. Allahualam...

Tak pasti slps brp kali mencuba, akhirnya sang isteri berjaya melahirkan Nuaim pada pukul 12:33 tghari, 20 September 2007, 8 Ramadhan 1428H.

Alhamdulillah . . .

Nurse menyambut Nuaim dan menunjukkan jantina Nuaim kat sang isteri, sambil menanya “ini anak ape?” Aku tersenyum tanda gembira krn Allah menganugerahkan kami anak lelaki. Tp sang isteri belum menjawab lelaki. Ada bbrp kali nurse tanya, dgn nada semakin meningkat, tp sang isteri masih buat muka blank. Hehe. Aku membantu memberitahu – lelaki. Pening pny nurse.

Nurse kemudian membawa Nuaim ke satu bilik untuk dibersihkan, diukur panjang, dan ditimbang berat. Panjang Nuaim time tu 50 cm dengan berat 3.3 kg. Selepas semua selesai Nurse menghulurkan Nuaim pada aku untuk diazankan. Kerana terlalu gembira aku tersekat-sekat semasa mengazankan Nuaim sbb menahan air mata. Buat pertama kalinya aku menggendong anak dari zuriat ku. Selesai azan, aku serahkan Nuaim kpd nurse. Sang isteri masih di dalam bilik bersalin untuk pemeriksaan susulan.

Berita gembira ni terus aku hebahkan kpd keluarga terdekat. Semua ucapkan tahniah. Muka aku tak henti senyum. Suatu perasaan yg hampir memecahkan hati ku.

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam, kerana menganugerahkan permata yang begitu indah sekali.

Kepada isteri, love you no matter what...

Sekian


You're next. hehehe

0 comments:

Post a Comment

 
 
/*-----------adsense--------------------*/ /*-----------adsense--------------------*/